fbpx
Antara video dan gambar yang dikongsikan dalam hantaran di Threads, Athira Aminuddin, hari ini.

Anak Aminuddin titip mesej, bangga ayah kekal tabah selepas kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Perkongsian anak bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun di media sosial yang bangga dengan ketabahan bapanya menerima kekalahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam mengundang sebak dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi catatan di aplikasi Threads, Athira menyifatkan bapanya sebagai pejuang apabila mampu mengukir senyuman sepanjang malam biarpun berdepan keputusan yang tidak memihak kepada beliau.

“My strong fighter (pejuang hebat saya). Saya sangat bangga dengan bapa. Beliau masih tetap tersenyum sepanjang malam walaupun mengalami kekalahan kerana jauh di sudut hatinya (beliau) tahu beliau sudah memberikan segala yang termampu. Itu sudah lebih daripada mencukupi,” katanya.

Dalam masa sama, Athira merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan atas doa, kata-kata semangat dan sokongan yang diberikan kepada keluarganya sepanjang perjalanan politik bapanya itu.

“Sekarang, ayah boleh rehat sikit dan main dengan Haura (cucu),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN