fbpx
Tangkap layar video memaparkan Edwin Low menemubual seorang anggota polis di Thailand yang dikenal sebagai 'Abe D'.

[VIDEO] Nak ‘ride’ masuk Thailand wajib ada lesen fizikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia yang merancang menunggang motosikal atau memandu ke Thailand diingatkan supaya membawa bersama lesen memandu fizikal.

Rakyat Malaysia yang memasuki Thailand wajib membawa lesen memandu fizikal bersama kerana pihak berkuasa di negara itu perlu melihat dokumen asal ketika pemeriksaan.

Perkara itu dikongsikan oleh pempengaruh media sosial, Edwin Low menerusi satu video temu bualnya bersama seorang anggota polis Thailand berhubung keperluan dokumen fizikal berkenaan.

“Rakyat Malaysia bila datang ke Thailand, wajib guna lesen fizikal kerana undang-undang di Thailand memerlukan kami melihat lesen fizikal,” katanya.

Menjawab satu lagi persoalan orang ramai, anggota polis itu turut menjelaskan bahawa lesen memandu yang telah tamat tempoh juga tidak boleh digunakan di Thailand.

“Kalau lesen dah tamat tempoh, memang tak boleh digunakan di sini,” jelasnya.

Perkongsian tersebut menarik perhatian pengguna media sosial, malah ada yang menyarankan supaya Malaysia juga mewujudkan kembali lesen fizikal selain menerusi aplikasi.

“Malaysia patut buat perkara sama. Nak masuk Malaysia kena buat insurans dan tunjuk lesen fizikal,” cadang @Ridxec.

“Di Malaysia menyusahkan, di Thailand dipermudahkan. Cuba fikir orang tua yang tak pandai guna telefon bimbit, macam mana,” ujar @Mr.Remy.

“Kenapa lesen rakyat Thailand boleh guna di Malaysia? Sepatutnya kembali pada asal (guna) lesen fizikal semula. Tak sepatutnya nak lesen fizikal kena bayar, sedangkan lesen sudah dibayar,” komen @Mazlan Shaary. – KOSMO! ONLINE

@edlvinvin

Lesen fizikal 🇹🇭🇲🇾📌📍

♬ original sound – Edwin Low

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN