fbpx
Suria (kiri) dan Indah berjaya memujuk Awang Tar Setelu (tengah) untuk berpindah di kawasan operasi pemindahan gajah di Kampung Pulau Setelu, Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

Suria, Indah pujuk Awang Tar Setelu pulang ke habitat asal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Lebih 1,000 penduduk Kampung Pulau Setelu di sini beransur lega apabila seekor daripada enam gajah liar diberi nama Awang Tar Setelu yang merosakkan tanaman dan menceroboh kawasan penempatan berjaya dipindahkan ke habitat oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Mukim Bertam Barat, Mokhtar Dahari Ibrahim berkata, gajah liar tersebut berjaya ditangkap oleh pihak Perhilitan pada 23 Julai lalu selepas anggota terbabit berkampung hampir dua minggu untuk mengesan, menangkap dan memindahkan haiwan berkenaan.

“Setakat ini, kami memang terasa amat lega kerana sebelum ini sentiasa berdepan ancaman apabila tanaman dirosakkan gajah liar dan gajah berkeliaran di kawasan perumahan. Kami berharap gajah-gajah yang lain tidak lagi datang ke kampung ini. Kami amat berterima kasih kepada anggota Perhilitan yang bertungkus-lumus menjayakan operasi menangkap gajah di Kampung Pulau Setelu,” katanya ketika ditemui di kawasan operasi pemindahan gajah di Kampung Pulau Setelu di sini hari ini.

Seorang penduduk, Zakaria Omar, 62, berkata, kehadiran gajah liar sejak beberapa tahun kebelakangan ini menyebabkan pelbagai tanaman penduduk musnah sekali gus menjejaskan sumber pendapatan mereka.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Kelantan, Wan Mohd. Adib Wan Yusoh berkata, pihaknya berjaya menangkap dan memindahkan seekor gajah jantan yang dipercayai kerap menceroboh masuk ke kawasan kebun dan penempatan penduduk di Kampung Pulau Setelu di sini hari ini.

Katanya, gajah jantan bergading yang diberi nama Awang Tar Setelu itu dianggarkan berusia dalam lingkungan 15 hingga 18 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN