Gambar kenangan Muhammad Faiq (dua dari kiri) bersama keluarganya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun lalu.

‘Macam mana lagi kami nak bantu Faiq’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Hati yang dibelenggu kegusaran me­ngenangkan nasib Muhammad Faiq Zafran Mohd. Jailani yang ditahan di Jepun sejak November tahun lalu menyebabkan sambutan Aidilfitri keluarganya di Manir di sini kali ini menjadi suram.

Bapanya, Mohd. Jailani Ambak, 52, berkata, sehingga sekarang, keluarganya seakan tawar hati untuk menyambut raya kerana terlalu bimbangkan Muhammad Faiq, 24, yang juga anak kedua daripada empat beradik.

“Tahun ini tidak terfikir pun nak buat sebarang persiapan raya termasuk membeli baju baharu kerana hati kami sekeluarga lebih risaukan Faiq.

“Saya pasti kesedihan kami di sini tidak dapat mengatasi kesukaran yang bakal anak saya tempuh apabila terpaksa beraya dalam tahanan di Jepun,” kata­nya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mohd. Jailani mengakui dia dan ahli keluarga yang lain masih keliru tentang kes melibatkan Faiq yang kini ditahan di Toya­manishi, Jepun.

“Tiada perkembangan jelas. Kami hanya dimaklumkan dia telah mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman di mahkamah Jepun.

“Begitupun butiran lanjut me­ngenainya langsung tidak diketahui. Sebagai bapa, ia membuatkan saya amat risau,” katanya.

Menurutnya, mereka sebenarnya telah melantik seorang peguam Jepun melalui kenalan bagi membantu menguruskan kes Muhammad Faiq.

Begitupun, dia kesal masih belum terima sebarang perkembangan lanjut daripada peguam tersebut setakat ini.

“Saya buntu apa yang perlu dilakukan lagi untuk membantu anak saya,” katanya.

Kosmo! 23 Januari lalu mela­porkan Muhammad Faiq yang juga graduan politeknik di Perlis hilang sejak November tahun lalu sebenarnya telah ditahan pihak berkuasa Jepun kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan te­lefon.

Dia didakwa menjadi mangsa eksploitasi sindiket penipuan sebelum ditahan di Balai Polis Toyama Minami, Jepun, dengan rampasan wang tunai dianggarkan empat juta yen (RM10,1422).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN