fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan deretan kenderaan yang tersangkut hampir dua jam untuk keluar parkir pusat membeli-belah terkemuka pada malam tahun baharu.

Mulai 2026 dengan ‘terperangkap’ dalam parkir pusat beli-belah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pengunjung meluahkan rasa tidak puas hati selepas terperangkap hampir dua jam di tempat parkir sebuah pusat membeli-belah terkemuka pada malam tahun baharu.

Menerusi hantaran di Threads, individu berkenaan mendakwa mula keluar dari parkir sekitar pukul 1 pagi, namun sehingga pukul 2.36 pagi masih belum berjaya melepasi kawasan berkenaan.

“Dari pukul 1 pagi nak keluar parkir, sekarang 2.36 pagi, masih dalam parkir. Apa pengurusan ini? Sampai lampu semua dah tutup,” katanya.
Video berdurasi 21 saat itu memaparkan deretan kenderaan yang tersangkut dalam ruang parkir tertutup dan gelap, selain bunyi hon kereta yang saling bersahutan.

Perkongsian itu meraih perhatian netizen yang rata-ratanya berkongsi pengalaman ketika keluar dari parkir pusat beli-belah tersebut pada waktu puncak.

“Di ruang parkir motosikal nak bayar tiket parkir pun beratur macam ular dengan tiada talian internet. Sampai berasap dekat 40 minit juga,” komen @Nieysaazni.

“Semalam dah ada amaran nak keluar parkir pun dua jam pada tahun lepas. Nasib baik kita dengar,” komen @Idayu.khair.

“Tadi 2.30 pagi baru lepas keluar. Pengurusan buka palang sebab dah tersekat lama sangat. Tak pastilah bagi percuma parking ke apa,” komen @M_hanif.s. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN