fbpx
Para peserta gembira kerana sumbangan mereka dapat memberi impak terhadap usaha memelihara penyu yang diancam kepupusan.

Public Mutual anjur aktiviti pemuliharaan penyu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lebih 100 kakitangan dan Perunding Unit Amanah (Peua) Public Mutual telah menyertai program pemuliharaan alam sekitar yang diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Program ‘Turtle Conservation Adventure’ itu bertujuan untuk melindungi penyu yang kian diancam kepupusan.

Public Mutual menerusi kenyataan berkata, usaha tersebut mencerminkan keprihatinan terhadap hidupan marin dan keseimbangan ekosistem.

“Para peserta mengambil bahagian dalam aktiviti pembersihan pantai dan pemuliharan  penyu.

“Mereka berjaya mengumpulkan sampah sarap yang terdapat di sekitar kawasan pantai dan sekali gus menyumbang kepada kesihatan ekosistem,” kata kenyataan itu.

Program anjuran Pasukan Khidmat Masyarakat Public Mutual itu sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam kerangka alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, menguruskan lebih daripada 180 dana.

Ia juga berfungsi sebagai penyedia Skim Persaraan Swasta (PRS) yang diluluskan, menguruskan sembilan dana PRS menerusi 31 cawangan/pusat khidmat pelanggan di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI