fbpx
Wanita perlu menjaga aurat ketika membonceng atau menunggang motosikal. – Gambar janaan AI

Luahan pembaca: Isteri bonceng motosikal suami perlu jaga aurat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

Sebagai penunggang motosikal, saya perhatikan ramai wanita yang membonceng suaminya untuk ke tempat kerja.

Selain mengelakkan jalan sesak, tujuan kita menunggang motosikal ke tempat kerja di ibu kota ialah ia mudah diletakkan di mana-mana.

Namun, saya perhatikan ramai pasangan yang tidak me­ngendahkan mengenai aurat isterinya ketika berada di atas motosikal.

Penampakkan sebahagian betis wanita ketika membonceng motosikal menjadi perkara biasa. Bagaimanapun, ada juga wanita yang saya lihat mengenakan stoking panjang. Ia kesedaran yang bagus.

Paling sukar dijaga ialah sekiranya wanita membonceng motosikal berkuasa tinggi. Sudah tentu tempat duduknya sedikit terjongket dan tinggi. Anda boleh bayangkan sendiri apa yang terjadi.

Janganlah ‘seksa’ penunggang motosikal solo dengan menjadi sebahagian daripada penyebab kemalangan. Selain perlu berwaspada di atas jalan raya, penunggu motosikal terpaksa pula tengok betis.

Suami ada tugas penting menjaga aurat isteri mereka walau di mana mereka berada. Ingat tu.

SOLO RIDER
Sentul

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN