fbpx
FAISAL mengharungi detik ngeri disimbah asid sebelum ini.

Disimbah asid, Mickey ajar cara sebenar berjuang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

UMUM sudah mengenali nama-nama seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Rentap dan ramai lagi pahlawan negara yang kukuh dalam lipatan sejarah hingga wujudnya sebuah tanah berdaulat digelar Malaysia.

Semua ini berkisar tentang perjuangan dalam konteks mempertahankan negara, namun sebenarnya masih banyak lapangan yang berjaya melahirkan figura hebat hingga layak berada dalam cerita sejarah bumi bertuah ini.

Bola sepak misalnya, selepas segenap lapisan dicanang tentang cerita hebat Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari atau ‘Supermokh’, kini lahirnya seorang lagi insan bernama Faisal Halim.

Kedua-duanya ada persamaan jika membabitkan kemahuan untuk jadi pemain lebih baik dan mengharumkan nama negara di persada dunia.

Setahun yang lalu, Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey harungi detik ngeri disimbah asid hingga hampir meragut nyawa dan kariernya, namun pemain ini sudah buktikan mampu keluar daripada trauma.

Kesukaran dilalui sepanjang karier menggambarkan Mickey berjiwa besar kerana anak kelahiran Pulau Pinang ini sentiasa mencari ruang untuk kekal relevan.

“Profilnya mahu terus ke depan dan dia adalah pemain yang cukup positif ketika berada atas padang. Saya lihat matanya, dia begitu bersemangat untuk menyarung jersi Malaysia
dan membanggakan semua orang.

“Jadi berkait dengan semua itu, sebab itu jugalah dia berada dalam skuad kali ini,” kata pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski mengenai keputusannya memanggil Mickey ke kem latihan kebangsaan.

Mesej paling ketara yang wajar diambil lebih menjurus kepada kemahuan untuk keluar daripada ujian dan cerita perjuangan Mickey wajib dijadikan pedoman buat semua pemain, pengurusan kelab atau pun siapa saja termasuk mereka dari luar bola sepak.

Bola sepak di Malaysia sudah pun berstatus profesional tetapi ia tidak hanya berpaksikan kepada hal berkaitan mata pencarian sebaliknya wajar dilihat dari luar kotak terutamanya jika kita mahu berbicara tentang perjuangan.

Tanpa sedar Mickey berjaya meniup roh perjuangan kepada semua orang, betapa tiada yang mustahil untuk dicapai jika kena dengan caranya, namun harus dikukuhkan dengan ekosistem yang betul.

“Syukur apabila kembali dapat panggilan skuad kebangsaan buat kali pertama sejak insiden yang berlaku dan saya rasa cukup terharu. Sudah tentu saya begitu teruja untuk sarung jersi kebangsaan dan apa saya boleh katakan ini adalah permulaan serta semangat baharu buat saya.

“Ini peluang terbuka untuk saya dapatkan kembali prestasi saya seperti sediakala. Semua ini yang membuatkan pemain bertambah semangat ketika berada dalam padang dan saya lihat kehadiran jurulatih baharu juga baik untuk pasukan serta buat pemain,” kata Mickey.

Keluarlah daripada sikap suka mencari alasan kerana sesebuah kejayaan tidak akan hadir secara kebetulan dan Cklamovski juga bukan pawang yang mampu lakukan keajaiban kepada Harimau Malaya.

Cklamovski yang kini mengetuai pasukan untuk hadapi Kelayakan Piala Asia 2027 telah menuntut bantuan daripada semua pihak supaya pertingkatkan mutu permainan sekali gus mampu mewujudkan pasukan kebangsaan lebih berdaya saing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN