fbpx
DUTERTE menghadiri siasatan senat terhadap perang dadah beliau di Manila pada 28 Oktober 2024. - AFP

Duterte masuk jerat ICC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) ditubuhkan pada 2002 berdasarkan Statut Rom dan berpangkalan di The Hague, Belanda.

ICC yang dianggap inovasi ke arah keadilan sejagat berfungsi mendakwa individu yang dituduh melakukan jenayah antarabangsa khususnya genosid, jenayah perang dan jenayah kemanusiaan.

Ia yang asing daripada PBB mempunyai bidang kuasa rentas negara dan dianggotai oleh 124 negara di dunia setakat Mac 2025, namun sebilangan lagi kerajaan tidak mengiktiraf ICC.

Di rantau Asia Tenggara pula, satu-satunya negara yang menjadi anggota ICC adalah Kemboja rasanya.

Penulis tidak pasti status Malaysia sebagai anggota mahkamah jenayah antarabangsa tersebut. Sebilangan negara yang tidak menandatangani Statut Rom dan tidak menjadi anggota ICC diterajui oleh kuasa besar seperti Amerika Syarikat, China dan Russia selain Israel, India, Pakistan, Indonesia, Iran dan Turkiye.

Sepanjang penubuhannya, ICC membicarakan sebilangan individu kerana jenayah serius dalam bidang kuasanya termasuk genosid, jenayah perang dan jenayah kemanusiaan dan mendakwa 69 seramai orang.

Antara individu atau lebih tepat pemimpin yang pernah dibicarakan atau dikenakan waran tangkap oleh ICC termasuk Omar al-Bashir, Abdallah Banda, Muammar Gaddafi, Laurent Gbagbo, Ahmad al-Mahdi, Maxime Mokom, Vladimir Putin, Benjamin Netanyahu dan Rodrigo Duterte.

Kebanyakan tertuduh dan pemimpin yang dibicarakan berasal dari Benua Afrika sehingga tuduhan dilemparkan bahawa ICC bersikap berat sebelah.

Mahkamah jenayah antarabangsa itu didakwa menutup mata kepada keganasan yang dilakukan oleh pemimpin dan jeneral negara-negara Barat melibatkan serangan ke atas negara Arab dan Afrika seperti Iraq dan Libya.

Dalam kes Netanyahu, selepas keganasan tanpa batasannya dikutuk seluruh dunia, barulah ICC dikatakan bertindak. Kes terbaharu melibatkan Duterte yang merupakan bekas Presiden Filipina pula mencetuskan kontroversi di negara Asia Tenggara tersebut.

Duterte menang pilihan raya Filipina pada tahun 2016 bersandarkan kepada janji untuk menghapuskan ancaman pengedar dan penjenayah lain yang memporak-perandakan rakyat Filipina.

Duterte mengambil pendekatan sangat keras bagi membasmi dadah yang dianggap barah masyarakat dan negara Filipina. Bagi Duterte, wang dadah meresap ke dalam setiap lapisan pentadbiran melibatkan ahli politik, pegawai tinggi, menteri dan polis.

“Lupakan hak asasi. Sekiranya saya menang, saya akan melakukan apa yang saya lakukan semasa menjadi datuk bandar. Kamu pengedar dadah, kamu konco dan mereka yang tidak berguna, saya akan bunuh kamu,” kata Duterte dalam kempen pilihan raya beliau.

Sepanjang perang dadahnya, Duterte dikatakan membunuh lebih 2,500 orang tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

Walaupun dikenakan waran tangkap ICC sebelum ini, Duterte tidak menyangka beliau akan diberkas dan diterbangkan ke Belanda semasa menghadiri acara di Hong Kong.

Terdapat tuduhan menyatakan, bekas presiden itu menjadi sasaran komplot untuk menjatuhkannya, malah ada menuding jari kepada Presiden Filipina sekarang, Ferdinand Marcos Jr.

Namun, penangkapan Duterte adalah kesilapan beliau sendiri kerana meninggalkan Flipina. Ibarat pepatah Melayu, pelanduk lupakan jerat, tetapi jerat tak pernah lupa pelanduk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN