Mohammad Firdaus (kanan) menunjukkan kawasan pusara kucing jalanan berdekatan sebuah stesen minyak di Rembau semalam.

Kubur kucing jalanan sudah ‘sesak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Seorang penyelia pam minyak dan rakannya sudah kering air mata apabila terpaksa menanam lebih 50 bangkai ku­cing akibat dilanggar kenderaan di Jalan Seremban-Tampin di sini sejak 10 tahun lalu.

Mohammad Firdaus Zulkifli, 34, berkata, tempat kerjanya dan kawasan medan selera berdekatan menjadi lokasi orang membuang kucing dan anak-anaknya yang baru dilahirkan.

Katanya, kira-kira 50 kucing yang mati akibat digilis dan dilanggar sejak dia bekerja di situ.

“Kami tidak sampai hati biarkan bangkai kucing itu. Kami tanam di kawasan lapang hinggakan sudah sesak. Jika digali, kemungkinan akan terjumpa tulang kucing.

“Tolonglah jangan buang lagi kucing di kawasan ini kerana ia mengundang risiko haiwan itu mati dilanggar,” kata pemegang Ijazah Sarjana Muda Perikanan dari Universiti Malaysia Terengganu itu.

Menurut Mohammad Firdaus, pemilik stesen minyak membenarkan dia memberi makan kepada kucing asalkan perlu menjaga kebersihan.

Tambahnya, apa yang membuatkan mereka sedih apabila nampak kucing mati digilis.

“Ada kucing kurus sudah gemuk dan sihat apabila kami beri makan. Namun tidak lama kemudian ia mati digilis hinggakan saya membawa pulang tiga ekor kucing jalanan untuk dirawat,” katanya.

Ujar Mohammad Firdaus, se­ekor kucing diberi nama Jerry dibawa balik pada 2021 hingga menjadi kesayangan arwah bapa­nya, Zulkifli Md Isa, 66.

“Seekor lagi dinamakan nama Lucy,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN