fbpx
Tangkap layar menunjukkan berpuluh-puluh ikan keli berenang di ruang tamu dan bilik tidur. - Instagram 

Rumah mangsa banjir ‘diserbu’ puluhan ikan keli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Satu klip video tular memaparkan berpuluh-puluh ikan keli muncul secara tiba-tiba di sebuah rumah yang ditenggelami banjir di Indonesia, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Kejadian berlaku di daerah Kalideres, Jakarta Barat baru-baru ini. 

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @info_kalideres menunjukkan ikan-ikan itu berenang dengan santai di bahagian ruang tamu dan bilik tidur. 

Ikan-ikan tersebut terdiri daripada saiz kecil hingga besar.

Rakaman itu mencatatkan lebih 658,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. 

“Definisi rezeki bukan sahaja melibatkan duit tetapi lauk untuk sekeluarga,” kata seorang netizen. 

“Ini bukan banjir tetapi ternak ikan keli dalam rumah,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN