fbpx

Tuchel tidak gentar hadapi KPI England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUCHEL mengakui budaya bola sepak di England membuatkan dirinya tidak menolak peluang untuk mengemudi pasukan kebangsaan negara itu. - AFP

LONDON – Pengurus England, Thomas Tuchel mengakui enggan berada dalam keadaan tertekan meskipun diletakkan Petunjuk Indeks Prestasi (KPI) yang tinggi selepas mengikat kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) kelmarin.

Sebagai rekod, Tuchel menjadi pilihan FA untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Gareth Southgate yang meletakkan jawatan selepas gagal membantu Three Lions menjulang trofi Euro 2024, Julai lepas.

Keputusan tersebut menyaksikan pengendali sementara England sebelum ini, Lee Carsley akan diberikan peranan untuk membantu pasukan kebangsaan buat kali terakhir bulan depan sebelum kembali membimbing skuad bawah 21 (B-21) tahun depan.

Kata Tuchel, peluang yang diberikan oleh FA adalah sesuatu yang sukar untuk ditolak selain berharap dapat membantu pasukan mencapai kejayaan di pentas antarabangsa dalam masa yang singkat.

“Saya sangat bangga apabila diberi peluang untuk menjadi pengurus England bermula tahun depan. Secara peribadi, jiwa saya sangat dekat dengan budaya bola sepak di negara ini dan harap dapat berikan yang terbaik nanti.

“Saya akan bekerja keras bersama pembantu jurulatih, Anthony Barry untuk mengembalikan era kegemilangan skuad kebangsaan sekali gus memberi kebanggaan buat penyokong setia kami,” kata bekas pengendali Chelsea itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif FA England, Mark Bullingham meletakkan kejohanan Piala Dunia 2026 sebagai misi utama buat barisan kejurulatihan yang diketuai Tuchel sekali gus menamatkan penantian 60 tahun negara untuk bergelar juara dunia.

“Secara jujur, selepas zaman Southgate, kami mahu melantik jurulatih yang mampu memastikan England dapat berdaya saing dalam kejohanan utama dan Tuchel memiliki kriteria tersebut. Dia akan membantu pasukan dalam misi menjuarai Piala Dunia 2026 nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN