fbpx
PARA pemain England menyertai sesi latihan di Swope Soccer Village di Kansas City pada 14 Jun 2026. - AFP

Peralatan skuad England dicuri, polis berkas dua suspek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANSAS – Pasukan England berhadapan situasi di luar jangkaan setelah van yang membawa peralatan rasmi mereka ke Piala Dunia 2026 telah dicuri dalam satu kejadian rompakan, lapor portal berita The Sun UK

Antara barangan yang dilaporkan hilang termasuk but bola, peralatan sukan, meja urut, dan paling membimbangkan, papan putih yang mengandungi strategi taktikal rahsia ketua jurulatih, Thomas Tuchel. 

Bagaimanapun, skuad The Three Lions boleh bernafas lega apabila pihak polis bertindak tangkas menyelamatkan sebahagian besar barangan tersebut serta menahan dua suspek hanya beberapa jam selepas insiden itu disedari.

Insiden malang itu berlaku ketika van logistik syarikat U-Haul tersebut dalam perjalanan sejauh 2,253 kilometer dari kem latihan di Florida menuju ke pangkalan baharu mereka di Swope Soccer Village, Kansas City.

Polis mengesyaki penjenayah mengambil kesempatan ketika kru logistik sedang sibuk memunggah barang, namun ada juga dakwaan mengatakan van tersebut telah diserbu lebih awal sebelum tiba di destinasi. 

Pencuri  dilaporkan sempat meninggalkan maskot rasmi pasukan, sebuah meja pingpong kerana saiznya yang terlalu besar, serta sebiji bola rasmi Piala Dunia bernilai £130 (RM700). 

Kecurian itu mencetuskan panik di kem England apabila kakitangan belakang tabir menjalankan inventori kecemasan untuk mengetahui apa yang telah hilang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN