fbpx
VINICIUS menyelamatkan maruah Brazil apabila meledak gol penyamaan ketika mereka terikat menentang Maghribi semalam. - AFP

Piala Dunia 2026: Brazil belum mahu rasa panik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW JERSEY – Pengendali Brazil, Carlo Ancelotti enggan menekan butang panik terlalu awal selepas pasukannya sekadar seri 1-1 menentang Maghribi pada aksi pertama Kumpulan C di Stadium New York, semalam.

Menurut Ancelotti, kejayaan menjulang Piala Dunia tidak ditentukan menerusi satu perlawanan sahaja dan anak-anak buahnya pasti bangkit pada perlawanan seterusnya nanti.

Bekas pengendali Real Madrid itu mengakui anak buahnya bergelut untuk mempamerkan prestasi sebenar, terutama pada awal permainan apabila dibelenggu tekanan dan perasaan gemuruh.

“Harus diakui ini adalah perlawanan yang sukar, khususnya pada awal permainan. Barisan pemain sedikit cemas hingga tidak beraksi seperti biasa walapun bangkit selepas ketinggalan 0-1.

“Apa yang penting, saya harap keputusan seri tidak membuat keyakinan mereka bertambah rapuh. Ini adalah perlawanan pertama di Piala Dunia dan kita tidak boleh mengharapkan semuanya berjalan sempurna sejak awal lagi,” katanya.

Sementara itu, Vinicius Junior yang menyelamatkan maruah Selecao menerusi gol penyamaan mengakui pasukannya membayar harga mahal akibat permulaan yang perlahan.

“Kami memulakan perlawanan dengan sangat teruk. Kami bolos terlebih dahulu dan selepas itu agak sukar untuk kembali mengawal permainan,” katanya.

Brazil yang memburu trofi Piala Dunia pertama sejak muncul juara edisi 2002 akan mengharungi perlawanan kedua menentang Haiti pada Sabtu ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN