fbpx
SITI NORAISHAH berjaya menjana pendapatan lumayan hasil berniaga piza di jalanan.

Bisnes piza jalanan ubah nasib Siti Noraishah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KISAH dan perjalanan hidup wanita cekal ini bukanlah semudah disangka.

Impiannya untuk menyambung pengajian di Mesir selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpaksa dilupakan.

Ini kerana keluarganya tidak mampu membayar yuran peperiksaan SPM ketika dia menuntut di sebuah maahad swasta di Taiping, Perak.

Tidak setakat itu, anak sulung daripada tujuh beradik itu juga terpaksa menjaga ibunya yang mengalami masalah komplikasi jantung.

Pun begitu, Siti Noraishah Osman Jelani, 39, tetap bersyukur dapat menghabiskan SPM, cuma slip keputusannya ditahan kerana yuran belum dilunaskan.

Mengambil tanggungjawab membantu bapanya, dia tidak malu untuk meminta apa sahaja kerja bagi meringankan beban keluarga.

“Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan saya ketika itu. Saya diterima menjadi guru tadika tidak jauh dari rumah.

“Tidak sekadar melakukan satu kerja, saya juga memohon jasa baik dan budi bicara doktor untuk menjadi pembantu klinik di sebelah petang.

“Saya tidak malu memberitahu mereka (pasukan klinik) yang saya datang daripada keluarga susah dan memerlukan kerja untuk membantu ayah,” katanya.

Meneruskan cerita, tidak lama selepas itu, dia bertemu jodoh dengan anggota tentera atas pilihan keluarga.

Maka, Siti Noraishah memulakan hidup baharu bersama suaminya dan terpaksa berpindah ke Sungai Petani, Kedah.

“Ketika awal pernikahan, hidup kami memang biasa sahaja. Jujur saya katakan, gaji suami memang tidak cukup bagi menampung kehidupan kami terutamanya selepas dikurniakan zuriat.

“Jadi, saya bantu suami dengan berniaga. Ketika itu, saya bangun seawal pukul 3 pagi dan buat macam-macam jenis kuih serta nasi lemak untuk dijual.

“Suami akan bantu saya untuk ambil bekas-bekas kuih yang sudah habis terjual.

SITI NORAISHAH (berdiri, empat dari kanan) bergambar bersama staf KTM Pizza yang beroperasi
di Taiping, Perak.

“Alhamdulillah, saya bantu ringankan beban suami yang ketika itu sudah lebih 10 tahun berkhidmat, tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat mahupun ditukarkan unit,” katanya.

Dijadikan cerita, tidak jauh dari tempat tinggal mereka, ada sebuah gerai dinamakan Pizza Jalanan yang begitu popular sekitar tahun 2015.

“Saya dan suami perasan memang ramai orang beratur di gerai tersebut. Jadi, kami pun cuba dan ternyata memang sedap. Berbaloi beratur lama.

“Bermula dari situ, saya dan suami berbincang untuk memulakan perniagaan dan menjadi rakan niaga.

“Jadi, bermulalah episod pinjam meminjam dan bergadai untuk mendapatkan RM10,000 bagi pendaftaran menjadi rakan niaga.

“Kami berjaya kumpul jumlah tersebut, sebelum berpindah balik ke kampung asal di Taiping untuk mula berniaga,” katanya.

Beritahu ibu kepada tiga cahaya mata itu, pada mulanya, dia dan suami ‘buntu’ kerana tidak tahu di mana mahu berniaga.

Setelah berfikir dan mencari tempat, mereka memulakan perniagaan di bangunan lama milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Taiping pada Jun 2015.

Berbekalkan tapak dan nama Pizza Jalanan, Siti Noraishah mula berniaga dengan dibantu beberapa orang staf sambilan.

“Selepas beberapa bulan berniaga di tapak itu, kami ditawarkan untuk menyewa di dalam bangunan KTMB Taiping. Ketika itu, kami tiada pilihan lain. Jika tidak menyewa di dalam bangunan itu, kami tidak lagi dibenarkan berniaga di tapak lama,” katanya.

Jelas Siti Noraishah, meskipun terpaksa melalui pelbagai dugaan, cabaran dan ujian, dia bersyukur kerana perniagaannya dapat bertahan hingga saat ini.

Malah, jenama baharu yang digunakannya iaitu KTM Pizza juga semakin dikenali dan pernah tular di media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN