fbpx

EPL: Tujuh aksi Liverpool tanpa Alisson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALISSON terpaksa berehat untuk tempoh enam minggu selepas berdepan masalah hamstring ketika menentang Palace sebelum ini. - AFP

LIVERPOOL – Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool terpaksa menerima hakikat bahawa mereka terlepas khidmat penjaga gol No. 1, Alisson untuk tempoh enam minggu selepas berdepan masalah kecederaan hamstring.

Pemain berusia 32 tahun itu gagal menamatkan aksi menentang Crystal Palace di Selhurst Park ketika Liverpool meraih kemenangan 1-0 pada Sabtu lalu dan ujian imbasan mengesahkan bahawa dia berdepan kecederaan tersebut.

Perkembangan tersebut menyaksikan Alisson bakal terlepas semua aksi selepas cuti rehat antarabangsa dan hanya dijangka kembali pada pertengahan November nanti sekali gus menyebabkan The Reds kehilangannya dalam tujuh aksi.

Selepas cuti rehat tersebut, Liverpool perlu membuat persiapan untuk berdepan Chelsea sebelum terbang ke Jerman untuk menentang RB Leipzig dalam saingan Liga Juara-Juara sebelum pulang berdepan Brighton untuk aksi Piala Liga Inggeris.

Mereka akan kembali membuat perhitungan dalam aksi Liga Perdana Inggeris menentang Brighton, Aston Villa dan Southampton serta satu lagi aksi Eropah menentang skuad kendalian Xabi Alonso yang semua perlawanan itu agak sukar buat The Reds tanpa Alisson.

Sepanjang tempoh berkenaan, Pengurus Liverpool, Arne Slot perlu meletakkan sepenuh kepercayaan kepada penjaga gol keduanya, Caoimhin Kelleher yang membuat 26 penampilan sepanjang musim lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI