fbpx
FATIMAH (kanan) bersama ahli keluarganya berdiri di hadapan rumah mereka yang dilanda banjir termenung di Kampung Parit Lancang, Pontian sejak Selasa minggu lalu.

‘Seminggu air bertakung depan rumah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Kehidupan kira-kira 29 penduduk dari lima buah keluarga di Kampung Parit Lancang di sini terjejas teruk susulan kejadian banjir terme­nung sejak seminggu lalu yang berpunca daripada hujan lebat.

Menurut penduduk, selain hujan lebat, masalah banjir di kawasan itu turut dipercayai berpunca daripada Sungai Sanglang yang tidak diselenggara dengan baik menyebabkan rumput tumbuh dengan tebal sehingga menyukarkan aliran air banjir untuk keluar ke sungai.

Seorang penduduk, Fatimah Ithnin, 60, berkata, banjir termenung naik sehingga ke paras lutut mengakibatkan banyak perkakasan dapur selain kelengkapan rumah mengalami kerosakkan.

“Banyak peralatan yang rosak dan tidak boleh digunakan seperti tikar getah dan sebagainya.

“Banjir termenung mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu untuk surut dan ini menyukarkan kami sukar untuk melakukan urusan harian termasuk menghantar anak ke sekolah.

“Kami harap pihak berwajib tolong selesaikan masalah kami ini kerana banjir terme­nung bukan boleh surut dalam sehari, tetapi mengambil masa yang lama iaitu sehingga seminggu,” katanya di sini semalam.

Fatimah berkata, banjir termenung yang berlaku minggu lalu itu bukanlah pertama kali berlaku.

Parimin Ithnin, 44, pula meminta masalah tersebut diatasi segera bagi mengelak lebih ba­nyak kerosakan berlaku melibatkan harta benda penduduk.

Katanya, apa yang paling membimbangkan adalah kehadiran binatang berbisa se­perti ular, lipan dan kala jengking yang boleh mengancam keselamatan ahli keluarganya.

“Memang sukar untuk lakukan urusan harian dan lebih te­ruk lagi, air akan naik mendadak dan boleh menyebabkan banjir besar sekiranya hujan lebat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN