PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan arahan kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan sekitar Kelantan dan Pahang yang dijangka berlaku sehingga pukul 12 tengah hari nanti.
MetMalaysia berkata, antara kawasan terlibat di Kelantan termasuklah Bachok, Pasir Puteh, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai dan Jeli.
Katanya, ia turut melibatkan kawasan di Terengganu selain beberapa kawasan di Pahang seperti Kuantan, Maran, Pekan dan Rompin.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE














