fbpx

Hamas lancar 8 roket ke Tel Aviv

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMAS melancarkan lapan roket ke Tel Aviv hari ini. - Foto AFP

BANDAR GAZA – Sayap bersenjata  Hamas menyatakan sekurang-kurangnya lapan roket dilancarkan ke pusat komersial di Tel Aviv, Israel hari ini.

Menurut Briged Ezzedine al-Qassam, serangan itu sebagai tindak balas terhadap tindakan tentera Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza.

Kenyataan itu dibuat menerusi platform Telegram.

Serangan itu adalah yang kali pertama dilancarkan ke Tel Aviv dalam tempoh  empat bulan.

Bagaimanapun, tentera Israel menyatakan ia berjaya memintas roket itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI