fbpx
Gambar hiasan.

GSF 3.0 akan dilaksana, tarikh bakal diumumkan kelak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG- Misi kemanusiaan Global Sumud Flotila (GSF) akan terus dilaksanakan bagi meroboh dan menghancurkan kepungan Israel terhadap Gaza.

Bagaimanapun, Chef de Mission Sumud Nusantara, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman berkata, tarikh untuk misi kali ketiga itu bakal dikongsikan kelak.

“Dan Insya-Allah penghujungnya kita akan merobohkan dan menghancurkan kerajaan zionis yang semakin rapuh dengan GSF 3.0 yang bakal kita laksanakan pada tarikh yang dikongsikan kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Kepulangan Aktivis GSF 2.0 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini, malam tadi.

Katanya, misi pelayaran GSF 2.0 juga disifatkan sebagai tidak gagal selepas dunia antarabangsa mula mengecam tindakan yang dibuat Israel terhadap kumpulan aktivis.

“Dalam tempoh 10 hari selepas pemintasan berlaku pada 29 April, 20,000 artikel online telah dikongsikan seluruh dunia berkaitan Palestin dan bercakap tentang GSF.

“Selepas daripada pemintasan pula, jumlah individu bercakap tentang Gaza meningkat sebanyam 537 peratus yang mana 60 negara bercakap dan 94 peratus daripadanya berkaitan berita positif,” katanya.

Katanya, sebanyak 12 buah negara juga bergabung mengatakan kecaman terhadap tindakan Israel yang melanggar undang-undang hak manusia ketika mahu menyampaikan bantuan kemanusiaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN