fbpx

Ahmad Zahid lawat China, perkukuh hubungan diplomatik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid.

PETALING JAYA – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan adakan lawatan ke China selama 10 hari, bermula hari ini sehingga 1 Jun depan bersempena dengan 50 tahun sambutan hubungan diplomatik Malaysia-China.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, lawatan tersebut juga bertujuan memperkukuhkan lagi hubungan di antara kedua-dua buah negara.

“Bersempena dengan 50 tahun sambutan hubungan diplomatik yang erat antara Malaysia dan China pada tahun ini, hari ini saya akan berlepas ke Negara Tembok Besar China dalam usaha memperkukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara.

“Lawatan ini akan menyaksikan beberapa kerjasama antara kerajaan, agensi dan syarikat swasta yang memfokuskan bidang teknologi, industri TVET (Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional) dan pelbagai perdagangan dua hala,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Tambah Ahmad Zahid, lawatan itu diharapkan menjadi pemangkin kepada hubungan yang utuh di antara Malaysia dan China. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI