fbpx

Tiada suspek ketiga ditahan kes simbah asid Faisal Halim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan pihaknya menahan seorang individu yang dikatakan suspek ketiga dalam kejadian simbahan asid melibatkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat ini hanya dua suspek yang diberkas untuk membantu siasatan.

“Tak ada tangkap suspek ketiga, hanya dua sebelum ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutup Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan sebuah portal yang mengatakan polis menahan suspek ketiga iaitu seorang pengawal peribadi.

Pada masa sama, Razarudin mengingatkan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan insiden yang menimpa pemain Harimau Malaya itu untuk tampil membuat laporan di  balai polis berdekatan.

“Siasatan hari ini kita ambil serius, dalam media sosial sebar, ini tak bagus, jangan buat spekulasi, tak bagus.

“Jika ada maklumat yang disebarkan di media sosial, kita akan pantau,” ujarnya.

Faisal, 26, mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika berada di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada Ahad lalu.

Setakat ini motif serangan masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI