fbpx

Hujan lebat di 9 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, angin kencang dan ribut petir di sembilan negeri sehingga pukul 6 petang, hari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka melanda Perlis, Kedah (Langkawi, Sik dan Baling) dan Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

“Hujan lebat dan ribut petir turut dijangka berlaku di Pantai Timur melibatkan Hulu Terengganu, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong dan Rompin), Selangor (Gombak dan Hulu Selangor) serta Johor (Mersing),” ujarnya.

Selain itu, cuaca buruk sama juga diramal di Sarawak melibatkan Miri (Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang).

“Turut terlibat adalah Sabah, iaitu di Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas) dan Labuan sehingga 6 petang nanti,” ujar Metmalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI