fbpx

Adik Aariz pejuang kanser tisu jarang jumpa meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI NAZIRAH menunjukkan kesan pembedahan dan ketumbuhan pada badan Aariz yang kini dirawat di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur.

GUA MUSANG – Pejuang kanser tisu jarang jumpa, Aariz Ardhani Zainal Abidin, 3, telah dijemput ilahi ketika dalam perjalanan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian hari ini.

Ibunya, Siti Nazirah Sasuddin, 38, berkata, selepas hampir dua tahun berjuang kanser, anak keempat daripada lima beradik itu menghembus nafas terakhir tepat pada pukul 1.35 tengah hari tadi selepas tahap kesihatannya semakin lemah.

Katanya, lebih memilukan, Aariz kembali kepada Sang Pencipta pada hari lahir bapanya, Zainal Abidin Hussain yang ke-38 tahun hari ini.

“Saya sudah reda, dia telah kembali. Allah SWT lebih sayang dan segala derita yang ditanggung selama ini sudah diangkat. Aariz dibawa balik ke kampung di Felda Chiku 1 di sini pada Rabu minggu lalu untuk mencari penawar dan ikhtiar lain selepas usaha kami mendapatkan rawatan di hospital menemui jalan buntu.

“Doktor sudah berpesan bahawa rawata Aariz pada tahap paliatif iaitu sejenis rawatan yang akan diberikan untuk mengurangkan atau mengubati simptom yang terhasil akibat kanser. Saya sudah sedia bahawa dia akan meninggalkan kami semua,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kisah penderitaan Aariz menerusi dilaporkan ruang Kosmo! Prihatin pada 24 November tahun lalu apabila sepasang suami isteri kini buntu untuk mencari dana bagi membeli ubat Entrectinib bagi merawat penyakit kanser tisu anak mereka.

Siti Nazirah dan Zainal Abidin memerlukan RM200,000 bagi mendapatkan ubat jenis Entrectinib bagi menyelamatkan nyawa anaknya itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI