MEKAH – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan seorang jemaah haji wanita meninggal dunia akibat serangan jantung di Tanah Suci.
TH berkata, wanita berusia 63 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital King Faisal pada pukul 5.53 pagi.
“Jenazah dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas solat asar dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Sharayea,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut TH, jemaah dari Setiu, Terengganu itu hadir bersama suaminya ke Tanah Suci.
Dalam pada itu, TH turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga wanita berkenaan.
Sebelum ini, seramai lima jemaah Malaysia dilaporkan meninggal dunia termasuk dua individu pada 14 Mei lalu. – KOSMO! ONLINE














