fbpx
Kapal Iridescence yang dinaiki Al Ahmad dilaporkan dipintas Israel ketika dalam perjalanan memasuki Zon Merah 3 hari ini.

24 rakyat Malaysia sah ditahan Israel, terkini CEO Kapal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG- Seramai 24 rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotila (GSF) dilaporkan telah ditahan Israel hari ini ketika dalam pelayaran menghantar bantuan ke Gaza.

Terkini, pakar maritim Malaysia, Al-Ahmad Shah Abdul Kadir yang turut dikenali sebagai CEO Kapal yang menaiki kapal Iridescence turut dilaporkan ditahan pada pukul 8.10 malam tadi.

Selain itu, dua lagi rakyat Malaysia yang menaiki kapal Bolarize iaitu Mohd. Hanafi Mohd. Salim dan Mohd. Redzal Amzah juga dilaporkan turut dipintas Israel.

Turut dipintas ialah kapal Ozgurluk yang dinaiki dua rakyat Malaysia masing-masing Norhelmi Ab Ghani dan Dr. Jihan Alya Mohd. Nordin.

Terdahulu, Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan seramai 150 aktivis Global Sumud Flotila (GSF) telah ditahan Israel hari ini dengan melibatkan pemintasan sebanyak 18 buah kapal.

Susulan penangkapan itu, SNCC turut memohon campur tangan Kerajaan Malaysia untuk mendesak negara Kesatuan Eropah, Turkiye, Sepanyol dan lain negara antarabangsa untuk bertindak serta mengecam pencabulan kepada misi kemanusiaan ‘non-violent’ itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN