fbpx
Keadaan motosikal mangsa selepas terlibat kemalangan dengan dua buah motosikal di Jalan Paloh 2, Gua Musang semalam. FOTO IHSAN POLIS

Remaja 13 tahun maut selepas 20 jam kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Seorang remaja lelaki meninggal dunia selepas 20 jam bertarung nyawa setelah terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga buah motosikal di Jalan Paloh 2, di sini semalam

Mangsa yang berusia 13 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan, Hospital Gua Musang di sini pada pukul 10.41 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati kejadian pada pukul 2 petang itu berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal SM Sport dari arah Paloh 1 ke Paloh 3 dipercayai merempuh belakang motosikal Honda yang berada di hadapannya.

Katanya, kemalangan itu menyebabkan mangsa hilang kawalan sebelum terjatuh di atas jalan. Motosikal itu kemudian dirempuh sebuah motosikal lain jenis Yamaha yang datang dari arah belakang.

“Mangsa yang parah dihantar ke Klinik Kesihatan Chiku 3 sebelum dipindahkan ke Hospital Gua Musang. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada pukul 10.41 pagi tadi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN