fbpx
MFL sebelum ini mengesahkan 12 pasukan akan mengambil bahagian pada aksi Liga Super, musim depan

Fikir ‘masak-masak’ sebelum buat keputusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) disaran tidak membuat keputusan yang boleh memberikan ‘bola tanggung’ kepada kelab tempatan berhubung ketetapan satu lagi pasukan yang bakal bersaing dalam Liga Super, musim depan.

Mengikut kenyataan sebelum ini, First Instance Body (FIB) akan bersidang untuk memuktamadkan status sebenar PDRM FC dan perkara ini dijangka akan diketahui, esok.

Pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, MFL harus membuat penilaian secara terperinci bagi mengelak tercetusnya sebarang pertikaian pada masa akan datang.

“Kita tidak mahu keputusan dibuat yang boleh menggambarkan wujudnya kelemahan tetapi dalam masa sama, kita tetap harap ia tidak berlaku. Kalau benda tidak boleh (diluluskan atau diberi kebenaran), ia tetap tidak boleh.

“Kena konsisten dalam buat keputusan, ikut undang-undang dan jangan cipta kes yang boleh dijadikan rujukan selepas ini. Jangan buat keputusan yang boleh bangkitkan pertikaian akan datang kalau ada kes sama atau hampir sama berlaku,” katanya.

Untuk rekod, MFL sebelum ini mengumumkan sebanyak 12 kelab akan bersaing merebut kejuaraan Liga Super musim depan yang dijadualkan bermula 21 Ogos ini.

PDRM FC telah diberikan lesen berserta sekatan (licence with sanction) dengan tempoh pematuhan sehingga hari ini bagi mengemukakan maklumat tambahan untuk memenuhi keperluan Kriteria Kewangan serta Kriteria Infrastruktur.

Keputusan FIB ke atas status PDRM FC ini juga akan turut diambil pertimbangan oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL yang akan melihat secara menyeluruh tahap kesediaan dan kelangsungan kelab dan jika gagal, slot itu bakal diisi kelab Liga A1 Semi-Pro, Kelantan Red Warrior FC (KRWFC).

Pengurusan KRWFC sebelum ini menzahirkan keyakinan kelab itu mempunyai merit untuk bermain di saingan Liga Super musim depan dan percaya MFL akan membuat keputusan sewajarnya berkaitan status sebenar penyertaan mereka. – KOSMO! ONLINE

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN