fbpx
FAM bakal menjalankan Kongres Pemilihan yang dijangka paling awal pada September ini.

Peluang kelab mengundi di kongres pemilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KELAB Liga Super perlu membuktikan amalan pengurusan profesional sepenuhnya dan mampu bergerak secara bebas sekiranya mahu ‘mengundi’ pada Kongres Pemilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan datang.

Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul berkata, semua 12 kelab domestik Liga Super boleh menjadi ahli gabungan, tetapi tidak dibenarkan untuk mengundi jika masih terkait dengan Persatuan Bola Sepak (FA) Negeri.

Kata Windsor, kedua-dua pihak, kelab dan FA boleh mengundi pada Kongres Pemilihan FAM jika mampu membuktikan bahawa mereka berlainan entiti.

“Kita (AFC) ada kriteria untuk kelab supaya memastikan bahawa siapa yang berada di pihak pengurusan tidak terlibat di peringkat FA. Contohnya, tidak ada kuasa antara FA terhadap kelab.

“Kalau mereka tidak dapat buktikan, pihak kelab masih lagi boleh jadi Ahli Gabungan, tetapi tidak dapat mengundi kerana hak itu hanya diberikan kepada FA.

“Ini adalah perubahan yang bagus buat bola sepak Malaysia yang wajar diberikan sokongan. Situasi ini juga memaksa semua kelab untuk bergerak bebas ke arah lebih profesional,” katanya.

Sebagai rekod, Ahli Gabungan FAM sebelum ini terdiri daripada 20 ahli sahaja, tetapi selepas pindaan Statut FAM yang diluluskan pada Kongres Luar Biasa 4 Jun lalu, jumlah keseluruhan kini mencecah 39 ahli.

Jumlah Ahli Gabungan FAM sebelum ini yang dilihat agak eksklusif kini lebih inklusif dengan ia terbuka kepada seluruh piramid dan pemegang taruh bola sepak tanah air.

Antara bakal Ahli Gabungan FAM baharu terdiri daripada 12 kelab Liga Super, dua kelab Liga A1, satu kelab Liga A2, satu kelab Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL), satu kelab Liga Wanita Nasional (LWN), Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM) dan Persatuan Pengadil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN