fbpx
DOLLAH

Dollah bakal kembali bergelar jurulatih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEKAS Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Dollah Salleh dijangka akan kembali ke garisan teknikal apabila namanya disebut bakal kembali bergelar jurulatih dengan menyertai Kuala Lumpur City, musim depan.

Mengambil kira reputasinya sebagai bekas pemain hebat dan pengalamannya selaku pengendali Harimau Malaya, khidmat Dollah pastinya menjadi tarikan utama malah kini dikatakan sedang mendahului calon lain yang sedang dipertimbangkan oleh The City Boys.

“Pengalaman dan kredibiliti Dollah sebagai satu nilai tambah yang besar. Beliau pernah mengendalikan pasukan besar serta memiliki rekod kejayaan yang terbukti dalam Liga Malaysia (Liga M).

“Sentuhan beliau dilihat mampu membantu pasukan menjadi lebih kompetitif dan mencabar kelompok atasan liga musim depan,” kata sumber.

Dollah cukup sinonim dengan Liga M kerana pernah membimbing beberapa pasukan termasuk Selangor, PDRM FC, MPPJ FC dan Pahang malah pernah bergelar juara Piala Malaysia, Liga Perdana serta Piala FA selaku jurulatih.

Di pentas antarabangsa, Dollah yang digelar ‘Pablo Dollah’ pernah mengecapi kejayaan muncul naib juara Piala AFF pada 2014.

Ketika ditanya mengenai perkara ini, Pengerusi Kuala Lumpur City FC (KL City), Syed Yazid Syed Omar menjelaskan pihaknya dijangka akan melakukan pengumuman jurulatih baharu, minggu depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN