fbpx
Kelantan Red Warriors bakal diberikan slot Liga Super jika penyertaan PDRM FC tidak diluluskan FIB.

12 pasukan sah bersaing dalam Liga Super – MFL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan hanya 12 pasukan bakal bersaing pada kempen Liga Super musim 2026/2027 dengan status penyertaan PDRM FC ditentukan pada 16 Julai depan.

MFL menerusi satu kenyataan berkata, 11 kelab sudah mengesahkan penyertaan iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Kuching City, Selangor FC, Kuala Lumpur City, Terengganu FC, Star City FC (musim lalu dikenali sebagai Imigresen FC), Negeri Sembilan FC, Penang FC, Sabah FC, Bruenie DPMM FC dan Melaka FC.

Satu lagi slot akan ditentukan selepas First Instance Body (FIB) bersidang pada 16 Julai ini bagi memutuskan status pasukan The Cops.

Sekiranya PDRM FC gagal memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan, slot terakhir Liga Super dijangka diberikan kepada Kelantan Red Warrior FC yang dilihat lebih bersedia selepas melengkapkan semua dokumen kewangan dan infrastruktur.

Satu pasukan yang beraksi pada saingan musim lalu tetapi tidak layak pada edisi kali ini adalah Kelantan The Real Warriors (TRW).

“Kelantan Red Warrior FC yang menduduki tangga ke-4 Liga A1 musim lalu itu telah melengkapkan segala dokumen bagi kriteria kewangan serta dilihat lebih bersedia berbanding UM Damansara United FC (ke-6 Liga A1) dan Bunga Raya FC (ke-12 Liga A1) yang turut mengemukakan permohonan selepas mendapat Lesen Kebangsaan Luar Biasa daripada FIB.

“Bagaimanapun, satu lagi kelab Liga A1, Armed Forces FC tidak memohon untuk bertanding dalam Liga Super 2026-2027.

“Pengurangan jumlah pasukan itu bukan sahaja bagi memastikan hanya kelab yang benar-benar memenuhi syarat pelesenan, kewangan dan infrastruktur beraksi dalam Liga Super, malah selari dengan pelaksanaan Financial Fair Play (FFP).

“Langkah itu juga dijangka mengurangkan bebanan kos operasi kelab susulan jumlah perlawanan yang lebih sedikit selain membolehkan jadual pertandingan disusun dengan lebih teratur dan mampan,” kata kenyataan tersebut.

Aksi pembuka tirai Liga Malaysia akan bermula pada 21 Ogos depan melibatkan JDT dan Kuching City di Stadium Sultan Ibrahim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN