fbpx
Pesakit dikenali sebagai Muhammad Yusuf. Foto FACEBOOK HSB.

Hospital Sungai Buloh cari waris Muhammad Yusuf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hospital Sungai Buloh (HSB) meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan waris atau ahli keluarga seorang pesakit lelaki yang sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.

Pesakit tersebut dikenali sebagai Muhammad Yusuf Abdullah, 50, dan berbangsa India, namun sehingga kini tiada waris atau ahli keluarga tampil melawat atau menghubungi pihak hospital.

HSB berkata, Jabatan Kerja Sosial Perubatan melakukan pelbagai usaha untuk mengesan waris pesakit itu termasuk membuat semakan dengan Jabatan Pendaftaran Negara selain lawatan ke alamat terakhir Muhammad Yusuf.

Bagaimanapun, tiada waris berjaya ditemui setakat ini. Alamat terakhir lelaki itu adalah di Pangsapuri Bayu, Jalan Desa Ria, Bandar Country Homes, Rawang.

“Pihak hospital turut mengesan seorang waris bernama Kasturipai M. K. Samy yang mempunyai alamat terakhir di Jalan Desa 1/9, Bandar Country Homes, Rawang.

“Pihak hospital amat berharap ahli keluarga, kenalan atau mana-mana individu yang mengenali pesakit ini dapat tampil dengan segera bagi membantu proses penyaluran maklumat dan urusan rawatan selanjutnya,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta hadir ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan HSB atau menghubungi talian 03-6145 4333 sambungan 4286.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN