fbpx

Polis siasat pusat agama mencurigakan di Nilai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Polis sedang menjalankan siasatan terperinci susulan aduan bahawa terdapatnya aktiviti mencurigakan di sebuah pusat keagamaan dan kerohanian di Nilai di sini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, laporan mengenai kes itu diterima Jumaat lalu.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan ugutan jenayah,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial, mengenai aduan berkaitan sebuah pusat keagamaan dan kerohanian di Mantin, Nilai di sini yang didakwa bertentangan dan mampu menggugat kedaulatan negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI