fbpx
MOHD. SUMALI (dua dari kanan) ketika bertemu penduduk di Kampung Parit Satu, Benut, Pontian kelmarin.

Mahu ubah Benut maju setanding Simpang Renggam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Unda­ngan Negeri (DUN) Benut, Datuk Mohd. Sumali Reduan berazam mentransformasikan Benut menjadi sebuah bandar lebih pesat dengan kemudahan lengkap sehingga mampu menyaingi pembangunan Simpang Renggam.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Moly berkata, antara keutamaannya ialah membawa masuk sebuah bank komersial bagi melengkapkan kemudahan kewangan yang menjadi antara rungutan utama penduduk.

“Walaupun Benut sudah ada Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Rakyat, penduduk masih perlu ke Pontian, Rengit atau Simpang Renggam untuk mendapatkan perkhidmatan perbankan yang lebih lengkap.

“Benut merupakan kawasan pertanian yang aktif dengan pengeluaran kelapa sawit, nanas, sayur-sayuran serta penternakan. Sebab itu kita perlukan sebuah bank komersial seperti Maybank bagi memudahkan urusan penduduk dan peniaga.

“Apabila kemudahan perbankan lengkap disediakan, ia bukan sahaja memudahkan penduduk tempatan, malah meningkatkan keyakinan pelabur datang ke Benut,” katanya di sini kelmarin.

Beliau yang pertama kali di­pilih sebagai calon BN di DUN Benut berkata, dengan rekod perkhidmatan baik wakil rakyat terdahulu termasuk Datuk Ir. Hasni Mohammed, beliau yakin pengundi akan terus memberikan kepercayaan kepada BN.

Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) itu turut mahu menarik lebih banyak pelaburan industri kecil dan sederhana ke Benut bagi membuka peluang pekerjaan buat belia.

“Kawasan seperti Sungai Pinggan, Benut dan Jalan Parit Ismail berpotensi besar untuk dibangunkan kerana lokasinya berhampiran Lebuh Raya Utara-Selatan.

“Kita mahu lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan supaya anak-anak muda tidak perlu berhijrah ke kawasan lain untuk mencari rezeki,” katanya.

Beliau turut merancang menjadikan bandar Benut sebagai destinasi persinggahan terke­nal menerusi promosi makanan tradisional dan produk tempatan.

“Benut mempunyai pelbagai makanan unik seperti burasak, lepat liat, nasi Arab Tanah Me­layu, nasi ayam, nasi ayam gepuk dan pelbagai minuman kopi yang mampu menjadi tarikan.

“Potensi Sungai Benut sebagai lokasi memancing udang galah turut perlu diperkasa melalui penyediaan jeti yang lebih selamat selain menggalakkan perusahaan makanan berasas udang galah dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pontian,” katanya.

Mohd. Sumali berdepan calon Pakatan Harapan, Abdul Razak Ismail, dalam saingan satu lawan satu di kerusi DUN Benut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN