fbpx

Sultan Selangor adakan pertemuan dengan Anwar di Seri Perdana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bergambar bersama Sultan Sharafuddin di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya semalam.

PETALING JAYA – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri, Kompleks Seri Perdana di Putrajaya petang semalam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam pertemuan itu, Sultan Selangor memberi pandangan dan nasihat kepada beliau mengenai rakyat dan negara.

“Menjunjung kasih Tuanku Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah ke Seri Perdana petang semalam.

“Memanfaatkan dari pandangan dan nasihat Tuanku mengenai rakyat dan negara,” kata beliau dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Anwar turut memuat naik gambar beliau bersama Sultan Selangor di Kompleks Seri Perdana di laman Facebook. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI