fbpx

Warga emas terjatuh tingkat 13 rumah pangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Seorang lelaki tempatan warga emas maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah rumah pangsa di Jalan Bandar Timah, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, maklumat kejadian itu diterima daripada orang awam pada pukul 8.20 pagi.

Katanya, siasatan mendapati, mangsa berusia 91 tahun itu dijumpai pengawal keselamatan di lorong belakang rumah pangsa berkenaan.

“Ketika dijumpai, mayat mangsa dalam keadaan tidak sempurna. Pemeriksaan pada tubuh mangsa bagaimanapun tidak menjumpai sebarang unsur jenayah. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI