fbpx
Keadaan mayat mangsa yang ditemui sekitar lokasi bot karam itu.

Mayat pemancing warga emas ditemukan selepas 37 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Pencarian seorang pemancing warga emas lebih 37 jam selepas hilang akibat bot karam di perairan Kampung Kuantan berakhir selepas mayatnya ditemukan pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, mayat lelaki berusia 73 tahun dijumpai di sekitar lokasi kejadian, kira-kira pukul 8.30 pagi.

“Mangsa telah djumpai oleh orang awam kira-kira 500 meter dari kawasan bot mangsa terbalik dan karam. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang bagi proses bedah siasat,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan kegembiraan dua beranak angkat pulang selepas memancing bertukar tragedi apabila bot dinaiki mereka karam hingga mengakibatkan seorang pemancing warga emas hilang.

Kejadian kira-kira pukul 6.47 petang itu menyaksikan mangsa berusia 73 tahun gagal ditemui selepas terjatuh ke dalam sungai, manakala anak angkatnya berusia 49 tahun berjaya menyelamatkan diri.

Operasi mencari dilakukan menggunakan bot selain teknik ‘surface searching’ di radius pencarian seluas satu hingga tiga kilometer ke hulu sungai dengan bantuan unit anjing pengesan (K9) dan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) JBPM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN