KOTA TINGGI – Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba tiba awal di Pusat Penamaan Calon dekat Dewan Arena Segitiga di sini kira-kira pukul 8.35 pagi tadi.
Adham calon Barisan Nasional (BN) diiringi kira-kira lebih 100 penyokong bagi merebut kerusi DUN Pasir Raja dalam Pilihan Raya Negeri Johor ke-16 (PRN-16) kali ini.
Calon Perikatan Nasional (PN) Yuhanita Yunan hadir 10 minit kemudian manakala calon Pakatan Harapan (PH) Mohd Fakharuddin terakhir tiba pukul 8.57 pagi bersama penyokong parti masing-masing.
Kemunculan semula Adham mewakili BN dalam PRN Johor kali ini dilihat menguji pengaruhnya selaku ahli politik veteran.
Beliau pernah menjadi ADUN Pasir Raja selama dua penggal dan Ahli Parlimen Tenggara selama dua penggal serta pernah menjawat jawatan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagaimanapun nama beliau digugurkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.- KOSMO! ONLINE














