fbpx
Pasukan bomba ketika memadamkan kebakaran sebuah kereta yang terbakar di Lebuh Raya Duke awal pagi tadi. IHSAN JBPM

Dua rentung, tersepit dalam kereta terbakar di Duke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dua mangsa rentung manakala seorang lagi berjaya diselamatkan selepas kenderaan dinaiki mereka terbakar di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (Duke) berhampiran susur keluar Jalan Kuching, awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian sekitar pukul 5.20 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang serta BBP Sri Hartamas segera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan I Mohd. Fadzlil Jamaludin mendapati sebuah kereta telah terbabas lalu terbakar.

“Tiga mangsa terlibat, dengan dua mangsa rentung akibat tersepit dalam kebakaran, manakala seorang lagi berjaya diselamatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu menambah, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dengan kemusnahan kereta 100 peratus.

“Punca kebakaran dan kemalangan masih dalam siasatan Unit Forensik JBPM Kuala Lumpur bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Mangsa yang selamat telah diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN