fbpx
NETO mengakui Portugal bakal turun menentang Colombia dengan mentaliti kemenangan untuk memburu status juara kumpulan. - AFP

Piala Dunia 2026: Portugal tak minat sekadar seri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PALM BEACH GARDENS – Pemain sayap Portugal, Pedro Neto menjangkakan aksi paling sengit bakal berlangsung ketika pasukannya membuat perhitungan menentang Colombia di Stadium Miami pagi esok.

Colombia kini menerajui Kumpulan K selepas meraih dua kemenangan sekali gus mendahului Portugal dengan kelebihan dua mata yang akur dengan keputusan seri menentang Republik Demokratik Congo sebelum menewaskan Uzbekistan.

Walaupun keputusan seri akan memastikan kedua-dua pasukan mara ke pusingan seterusnya, Neto menjangkakan pasukannya tidak akan berpuas hati dengan penamat tersebut demi memastikan mereka mampu muncul sebagai juara kumpulan.

“Ia akan menjadi perlawanan yang penuh persaingan. Secara peribadi, saya sangat menyukai perlawanan getir seperti in. Saya rasa peminat menjangkakan satu perlawanan yang hebat dan menghiburkan dan itulah yang akan kami cuba berikan,” katanya.

Neto juga berpendapat bahawa kemenangan ke atas Uzbekistan yang menyaksikan kapten Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol selepas menerima pelbagai kritikan telah mengembalikan status Portugal sebagai antara pencabar sebenar kejuaraan.

“Kami mempunyai mentaliti yang sangat mahu menang dan memang normal selepas perlawanan pertama kami berasa sedikit kecewa.

“Sudah tentu kritikan adalah sebahagian daripada kehidupan. Kami perlu tahu bagaimana untuk menghadapinya dan dalam perlawanan kedua kami menjadikannya sebagai motivasi untuk turun memberikan yang terbaik,” jelasnya.

Pemain yang beraksi bersama Chelsea itu juga mengakui bahawa dia tidak kisah untuk diturunkan di mana-mana posisi sayap sama ada di bahagian kiri atau kanan apabila fokus utamanya adalah membantu kemenangan pasukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN