fbpx
Tengkorak manusia yang ditemukan orang awam di kawasan parit turunan Bukit Taman Pertama 1, Lahad Datu, semalam.

Tengkorak manusia ditemukan di celah semak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LAHAD DATU – Penemuan rangka manusia di kawasan parit turunan Bukit Taman Pertama 1 di sini, mencetuskan tanda tanya apabila identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

Rangka berkenaan ditemukan orang awam kira-kira pukul 10.53 pagi semalam sebelum kejadian itu dilaporkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

Lebih mengejutkan, keadaan rangka yang ditemukan di celah semak itu hanya tinggal bahagian tulang, sekali gus menyukarkan proses pengecaman identiti mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau berkata, rangka manusia tersebut dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi menjalani siasatan lanjut.

“Pada masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Pihak polis menyeru mana-mana individu yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini supaya tampil ke IPD Lahad Datu atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat juga boleh menghubungi Timbalan Ketua Polis Balai Lahad Datu, Sarjan Mejar Ronney B. Lajius di talian 010-4641071.

Sementara itu, polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi di media sosial yang boleh menjejaskan siasatan serta menjaga sensitiviti keluarga mangsa.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN