MELAKA – Seorang warga emas yang dibesarkan oleh keluarga angkat Melayu sejak bayi amat berharap dapat bertemu saudara kandungnya yang terpisah selama 85 tahun sebelum menghembuskan nafas terakhir. Fatimah Abu Bakar, 85, yang menetap di Ayer Molek berkata, hasrat untuk menjejaki keluarga kandungnya timbul selepas dia dan keluarga berbincang mengenai asal-usul keturunannya. Menurutnya, berdasarkan maklumat pada sijil kelahiran yang ditinggalkan ibu bapa angkatnya, dia dilahirkan pada 6 Februari 1941 dan ibu bapa kandungnya ketika itu tinggal di Jalan 484 Tengkera……














