fbpx
Tangkap layar video menunjukkan penjaga itu memasang lagu ceria semasa membersihkan bilik mayat. - TikTok 

Penjaga bilik mayat pasang lagu rancak, hilangkan rasa takut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Satu klip video tular di Indonesia memaparkan seorang penjaga bilik mayat memasang lagu rancak semasa bertugas untuk menghilangkan rasa takut, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @aan_paradiso menunjukkan perakam masuk ke dalam bilik mayat sambil memegang sebatang penyapu.

Dia membersihkan bilik tersebut sambil memainkan lagu yang ceria agar tidak berasa takut. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 485,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Kalau saya, kaki sudah menggigil,” kata seorang netizen. 

“Kalau siang tidak apa, kalau malam…,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN