fbpx
Gambar yang dimuat naik di Threads oleh @Cilah_aziz.

‘Duit dalam plastik siap label, sangat cemerlang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan prihatin dan sistematik seorang warga emas yang gemar membeli-belah menggunakan kaedah bayaran tunai semasa serahan (COD) menarik perhatian pengguna media sosial apabila meletakkan wang tunai di dalam plastik.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di aplikasi Threads oleh Cilah_aziz, dia berkongsi tabiat ibunya yang sentiasa memastikan urusan pembayaran barang COD berjalan lancar tanpa menyusahkan mana-mana pihak termasuk penghantar barang (kurier).

“Mak saya selalu order (pesan) COD, tapi dia tak menyusahkan abang kurier, tak menyusahkan orang dalam rumah. Sangat cemerlang ya,” katanya pada hantaran tersebut.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, kelihatan beberapa keping wang kertas bernilai RM10 dan RM20 telah siap dilipat dengan kemas dan dimasukkan ke dalam plastik lutsinar kecil.

Lebih menarik, setiap plastik tersebut turut dilekatkan nota kecil yang memaparkan jumlah harga barangan yang perlu dibayar bagi memudahkan sesiapa sahaja menyerahkannya kepada kurier sekiranya si ibu tiada di rumah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna memuji sikap bertanggungjawab warga emas tersebut yang dianggap sangat bertolak ansur dan memudahkan tugasan harian para penghantar barang yang sering mengejar masa.

“Bagusnya mak awak. Selalu abang kurier mengadu kalau COD ni paling takut orang tak ada dekat rumah atau tak sedia duit awal-awal sampai kena tunggu lama,” kata Murnimazliza.

“Sangat menginspirasikan. Lepas ini boleh tiru cara ini untuk mak dekat kampung, sekurang-kurangnya kalau kita tak ada di rumah, anak-anak atau ahli keluarga lain tinggal hulur sahaja plastik yang dah siap bertulis jumlah itu,” ujar Nikmiezah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN