fbpx

‘Oren bata’ tema tak menjadi tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Oren bata warna terhangat Aidilfitri ini.- Gambar hiasan / Aplikasi X

PETALING JAYA – Ramalan warna ‘brick orange’ atau oren bata menjadi pilihan orang ramai untuk beraya tahun ini dilihat kurang mendapat sambutan.

Ini selepas tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, tidak ramai yang berkongsi gambar menggayakan pakaian bertemakan warna berkenaan hari ini.

Malah, melalui pemerhatian Kosmo! juga ramai yang mengenakan warna pastel pada sambutan Syawal tahun ini.

Selain itu, orang ramai lebih berminat kepada warna yang ‘mesra’ dengan keadaan cuaca panas ketika ini seperti ‘baby blue’, hijau lembut, ungu cair serta pink lembut.

Berdasarkan perkongsian di laman media sosial juga ada yang menukar tema warna oren bata saat akhir kerana risau sedondon dengan keluarga lain.

“Awalnya memang nak beli oren bata, tetapi bila tengok media sosial ramai kata oren bata jadi pilihan tahun ini kami terus ubah fikiran.

“Tak nak sedondon dengan keluarga lain. Jadi tema kami tahun ini warna hijau lembut,”tulis Farhana Majid.

Selain itu, ada juga yang menukar warna tema oren bata kerana dikhuatiri tidak sesuai dengan keadaan panas ketika ini.

“Saat akhir tukar warna sebab risau anak-anak panas pakai warna oren bata. Dahlah cuaca sekarang ini panas, akhirnya ‘baby blue’ jadi pilihan kami,”kongsi Ros Yanti.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI