fbpx

Dua individu dikesan kes khianat bakar kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan pacuan empat roda yang terbakar akibat kes khianat di Jalan Seroja, Kampung Sungai Ara, Damansara kelmarin.

PETALING JAYA – Polis sedang mengesan dua individu dipercayai terlibat dalam kes khianat melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbakar di Jalan Seroja, Kampung Sungai Ara, Damansara di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pukul 12.26 tengah malam berhubung kejadian tersebut.

“Pada hari kejadian, sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara telah ditugaskan ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran.

“Hasil siasatan mendapati berlaku perbuatan khianat oleh dua individu yang belum dikenal pasti dengan sengaja membakar kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api yang mana boleh membawa hukuman penjara sampai tujuh tahun dan dikenakan denda.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI