fbpx

Wang RM19 juta tidak ‘sampai’ pada Najib – Zarul Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang pengarah syarikat memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, beliau menyedari ditipu oleh seorang ahli perniagaan selepas wang rasuah RM19 juta yang dijanjikan untuk Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak `sampai’ kepada bekas Perdana Menteri.

Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli, 65, berkata, wang itu diberikan kepada G. Gnanaraja bertujuan mengeratkan hubungannya dengan Najib untuk jaminan projek akan datang selain melindungi perniagaannya daripada pelbagai tohmahan.

Beliau ketika itu pengarah Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd. (CZCSB) iaitu syarikat yang dilantik melaksanakan projek terowong dasar laut Pulau Pinang. CZCSB dahulunya dikenali sebagai Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group Sdn. Bhd. (CZBUCG).

Menurut saksi pendakwaan ke-23 itu, pada bulan Ogos 2017, Gnanaraja menghubunginya beberapa kali dan meminta RM2 juta meskipun sebelum itu beliau telah menyerahkan RM15 juta kepada syarikat Bumi Muhibbah Capital Holdings Sdn. Bhd.

“Saya beranggapan semua wang RM19 juta itu telah disalurkan kepada Najib melalui Gnanaraja meskipun hingga kini saya tidak pernah bertemu beliau yang ketika itu Perdana Menteri.

“Saya menyedari ditipu selepas pihak SPRM menjalankan siasatan. Saya tahu wang itu tidak `sampai’ kepada Perdana Menteri,” ujar beliau ketika merujuk pernyataan yang diberikannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Saksi utama pendakwaan itu memberi keterangan pada prosiding mencabar kredibiliti beliau pada perbicaraan kes rasuah Lim Guan Eng berkaitan projek terowong dasar laut Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI