fbpx

Bomba ambil masa 15 minit pujuk lelaki atas bumbung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit memujuk seorang lelaki kurang siuman yang bersendirian di atas bumbung rumahnya di Taman Meru Fasa 2C, Meru Raya di sini awal pagi tadi.

IPOH – Anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit memujuk seorang lelaki kurang siuman yang bersendirian di atas bumbung rumahnya di Taman Meru Fasa 2C, Meru Raya di sini awal pagi tadi.

Keberadaan lelaki berusia 40-an yang hanya memakai seluar dalam itu disedari jirannya selepas terdengar bunyi ‘aneh’ dari bahagian bumbung.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya, Sharudi Muhamad Halil berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 1.40 pagi.

Katanya, ketika anggota sampai, didapati seorang lelaki sedang baring di atas bumbung sebuah rumah teres satu tingkat.

“Komander operasi membuat penilaian risiko di lokasi kejadian sebelum membantu pihak polis memujuk mangsa untuk turun ke bawah.

“Ketika proses membawa turun, mangsa tidak agresif. Mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI