fbpx
Tangkap layar yang dimuat naik di Threads oleh Rosiegraphie memaparkan seorang lelaki yang membantu menutup pintu lori yang terbuka.

‘Abang dah selamatkan banyak nyawa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan pantas seorang penghantar makanan yang sanggup membahayakan diri demi menutup pintu sebuah lori yang terbuka di tengah jalan raya meraih pujian daripada pengguna media sosial.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads oleh Rosiegraphie, dia berkongsi rakaman kamera papan pemuka yang memaparkan pintu belakang sebuah lori dilihat terbuka luas dan berayun di atas jalan raya.

Menurutnya, seorang rider cuba untuk memberi amaran kepada pemandu lori tersebut dengan mengetuk tingkap lori itu, namun tidak didengari.

Menyedari situasi berbahaya yang boleh mengundang kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain, lelaki berkenaan terus memotong lori tersebut dari arah kiri untuk memberhentikan kenderaannya.

Dia kemudiannya membantu menutup dan mengunci semula pintu lori berkenaan dengan kemas sebelum menyambung perjalanannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna memuji tindakan lelaki tersebut kerana peka dan prihatin terhadap orang lain.

“Terima kasih, abang dah selamatkan banyak nyawa pengguna yang menunggang motosikal,” kata Street0609.

“Saya rasa nak menangis tengok video ini. Kejadian tersebut boleh cederakan dia tapi dia tetap pilih untuk membantu lori tersebut,” ujar Hema_n77. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN