fbpx
TURKIYE memiliki pemain yang berkualiti yang dijangka mampu membawa pasukan itu melepasi peringkat kumpulan. - AFP

Piala Dunia 2026: Turkiye perlu tepati jangkaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

VANCOUVER – Ketua Jurulatih Turkiye, Vincenzo Montella menegaskan bahawa tidak akan ada alasan untuk pasukannya jika mereka gagal menyerlah dalam aksi peringkat Kumpulan D Piala Dunia kali ini selepas dijangka mampu mara selaku juara kumpulan.

Selepas menamatkan persiapan Piala Dunia dengan kemenangan 2-1 ke atas Venezuela di Fort Lauderdale Sabtu lalu, Montella memberitahu keupayaan menyesuaikan diri akan menjadi antara faktor paling penting yang dihadapi pasukan-pasukan pada musim panas ini.

“Piala Dunia mencabar untuk semua orang. Jarak perjalanan adalah jauh dan keadaan cuaca boleh berubah dengan ketara. Sesiapa yang dapat menyesuaikan diri dengan lebih cepat akan mempunyai kelebihan.

“Tiada gunanya mencari alasan. Ini adalah pasukan kebangsaan, semua pemain perlu menunjukkan prestasi terbaik sepanjang kejohanan dan membawa pasukan untuk mara lebih jauh,” katanya.

Turkiye akan memulakan kempen mereka menentang Australia di Vancouver tengah malam ini, sehari selepas Amerika Syarikat bertemu Paraguay dalam perlawanan pertama kumpulan tersebut.

Mengenai perlawanan pembukaan menentang Australia, Montella berkata beliau telah menyaksikan aksi persahabatan terbaru Australia sebagai persediaan menjelang pertemuan tersebut dan menggambarkan pasukan Socceroos sebagai sebuah pasukan yang memiliki pelbagai kelebihan.

“Mereka adalah pasukan yang mempunyai pelbagai kualiti. Kami perlu meningkatkan prestasi kami sendiri dan bermain mengikut corak permainan kami. Piala Dunia mencabar untuk semua orang,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN